MEMBACA MEMBERI KETENANGAN, MEMBERI SERIBU PENGALAMAN YANG INDAH. MEMORI SEMALAM MENJADI PANDUAN UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
Thursday, April 14, 2011
TAHNIAH KAKI NOVEL.COM
Tahniah kepada Kaki Novel yang kian terkenal. Dengan sambutan membanggakan, didoakan KN terus maju dan memberi yang terbaik kepada peminat novel seperti saya.
Bila hati penuh dengan dendam kesumat, terkeluar semua kejahatan dalam diri. Bila dendam menguasai diri manusia sanggup melakukan apa saje. Meminta pada benda-benda yang menjadi amalan khurafat. Mempercayai kewujudan selain dari Allah ta'ala.
Wednesday, April 13, 2011
Cucur Bawang & Kopi 'O'
| ||||
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri? |
Subscribe to:
Posts (Atom)